dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Pekan Bagan Serai, Perak
  • Utama
    • Mengenai PEDi
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim PEDi
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

Karnival Jalinan Tani Bersama Peladang Kawasan Daerah, Selama Perak & PI

07 Mei 2017 | Aktiviti Terkini

Karnival Jalinan Tani bersama Peladang kawasan daerah Selama telah berlangsung pada hari sabtu, 6 Mei 2017 bertempat di Tapak Bazar Ramadhan Pekan Selama. Program ini dirasmikan oleh Menteri KPDNKK merangkap ahli Parlimen Larut iaitu YB Datuk Seri Hamzah Bin Zainuddin. Seramai lebih 1000 orang telah hadir pada hari tersebut.Terdapat pelbagai booth pameran dari agensi-agensi kerajaan dipamerkan pada hari tersebut antaranya KWSP,KPDNKK, Suruhanjaya Koperasi Malaysia, Jabatan Pertanian, Peladang dan lain-lain lagi. Tidak terkecuali Pusat Internet juga menerima jemputan untuk membuka booth pameran pada hari tersebut.

Terdapat pelbagai aktiviti yang dijalankan di booth pameran Pusat Internet antaranya ialah kuiz kahoot online game, KDB talk, pendaftaran, susun silang kata dan banyak lagi. Hal ini dapat memperkenalkan PI dengan lebih meluas kepada penduduk sekitar. Seramai 40 orang peserta yang terdiri daripada komuniti sekitar telah berkunjung ke booth pameran PI.Terdapat 3 buah Pusat Internet yang terlibat antaranya Pusat Internet Bagan serai, Semanggol dan Kubu Gajah.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali
© Semua Hakcipta Terpelihara.