KDB Talk SK Sri Sikapa, Kuala Kurau

19 Mei 2018 | Aktiviti Terkini

KDB Talk telah berlangsung pada hari jumaat bertarikh 18 Mei 2018. KDB Talk kali ini telah dijalankan disekolah SK Sri Siakap, Kuala Kurau. Program ini telah mendapt kerjasama yang baik dari pihak sekolah. Program ini berlangsung dari jam 10 pagi hingga 12 pagi.

Program ini melibatkan pelajar darjah 4 , 5 dan 6 Sekolah Sri Siakap.Terdapat pelbagai aktiviti yang berkaitan advokasi telah dilakukan. Antara modul KDB yang telah berjaya disampaikan kepada para pelajar ialah maklumat palsu, ewaste dan siber buli.Disamping itu, dengan kesempatan yang diberikan PI juga dapat memperkenalkan eclass tuisyen digital percuma kepada para pelajar.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali