dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Pekan Bagan Serai, Perak
  • Utama
    • Mengenai PEDi
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim PEDi
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

Sistem Insurans Pekerjaan (SIP 2022)

11 Februari 2022 | Aktiviti Terkini

Sistem Insurans Pekerjaan telah dilaksanakan sejak 2018. SIP merupakan satu inisiatif bagi membantu pencarum yang hilang pekerjaan. SIP membantu pencarum dengan memberi Elaun Mencari Perkerjaan (EMP) bagi tempoh 1 hingga 6 bulan tertakluk kepada syarat kelayakan Elaun Bekerja Semula Awal (EBSA)

Permohonan SIP perlu dibuat dalam tempoh 60 hari selepas tarikh kehilangan pekerjaan (LOE). Selain itu, pemohon perlu memenuhi Syarat Kelayakan Caruman (CQC), maknanya pemohon mesti membayar caruman kepada SIP dengan bilangan bulan minimum dalam tempoh masa yang ditetapkan. SIP juga menawarkan program latihan dan latihan vokasional bagi meningkatkan kebolehpekerjaan.

PEDi Bagan Serai telah membantu pemohon untuk menghantar laporan tugasan yang telah disiapkan kepada pihak SIP. Laporan berkenaan haruslah dilakukan dalam masa 20 hari. Pemohon hanya perlu melakukan tugasan seperti mengiklankan barangan yang telah disediakan oleh pihak SIP.

Pemohon boleh membuat permohonan melalui portal rasmi PERKESO.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali
© Semua Hakcipta Terpelihara.