dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Pekan Bagan Serai, Perak
  • Utama
    • Mengenai PEDi
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim PEDi
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

Sesi Taklimat Pusat Satelit MyFutureJobs Bersama Pegawai MCMC & Pengurus PEDi oleh PERKESO (Atas Talian)

7 September 2022 | Aktiviti Terkini

Sesi taklimat Pusat Satelit MyFutureJobs Bersama Pegawai Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dan Pengurus Pusat Ekonomi Digital (PEDi) terpilih oleh Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) secara atas talian telah diadakan pada 6 September 2022.

PERKESO merupakan salah satu rakan strategik terbaharu untuk PEDi bagi membantu menghebahkan peluang-peluang pekerjaaan terkini serta insentif keselamatan sosial terutama kepada golongan belia, golongan rentan B40, lepasan graduan dan usahawan di sekitar PEDi terpilih di seluruh negara.

Taklimat ini telah menerangkan cara penggunaan laman sesawang MYFutureJobs dan antara isian yang ada di platform tersebut. Selain itu, PERKESO juga menerangkan tentang Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (SKSPS). SKSPS ini merupakan Skim yang memberi perlindungan kepada orang yang berinsurans bekerja sendiri daripada bencana pekerjaan termasuk penyakit pekerjaan dan kemalangan semasa menjalankan aktiviti pekerjaan.

Program yang dijalankan atas talian ini telah berjalan dengan lancar selama satu jam.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali
© Semua Hakcipta Terpelihara.