Lawatan Oleh Pegawai Perkeso Atas Urusan Penerangan Sistem Insurans Pekerjaan (SIP) Dan Cara Pendaftaran Penjana Kerjaya (MYFutureJobs) Untuk Penganggur Dan Graduan
5 Mac 2021 | Aktiviti TerkiniPada 4 Mac 2021 bersamaan Hari Rabu, suatu lawatan oleh Pegawai PERKESO Taiping ke Pusat Internet Komuniti Bagan Serai atas urusan memberi Keterangan kepada kakitangan mengenai Sistem Insurans Pekerjaan (SIP) dan pendaftaran MYFutureJobs atau dikenali sebagai Penjana Kerjaya bagi pengganggur dan graduan.
Sistem Insurans Pekerjaan (SIP) bermula sejak Januari 2018. Sistem ini dirancang bagi membuat satu jejaring keselamatan sosial untuk membantu golongan pekerja yang hilang punca pendapatan. Mereka akan mendapat bantuan dari SIP berupa bantuan kewangan dan mencari pekerjaan baru. MYFutureJobs adalah portal di bawah Seliaan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) di bawah Kementerian Sumber Manusia bagi membantu pencari kerja serta menyediakan padanan pekerjaan. Sekiranya anda telah kehilangan pekerjaan kerana kemelesetan ekonomi akibat wabak COVID-19, serta perintah berkurung, SIP dan MYFutureJobs adalah berita baik untuk anda. Gambar di bawah adalah menunjukkan lawatan dua Pegawai PERKESO yang dikenali sebagai En. Muhammad Hanis dan En. Tinakaran bagi menerangkan pengetahuan Sistem Insurans Pekerjaan (SIP) dan MYFutureJobs kepada kakitangan pekerja PIK Bagan Serai untuk berkongsi semula pengetahuan dan kebaikan ini kepada para pengunjung atau komuniti setempat..
Foto Kreadit Dua Pegawai PERKESO:
- Encik Muhammad Hanis Dan Encik Tinakaran
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: