Keusahawanan
Nab Industri Entreprise
NAB Industri Enterprise adalah sebuah syarikat yang ditubuhkan sejak 16 Januari 2008. Nab Industri menumpukan penghasilan kuih tradisional sekitar Bagan Serai pada mulanya. Kini, Nab Indusri telah Berjaya mengembangkan perniagaan kuih tradisionalnya ke hingga ke Kuala Lumpur dan Pulau Pinang. Antara produk yang dikeluarkan oleh Nab Industri ialah peneram, Loyang bahulu, kuih siput, kuih sepit dan aneka keropok.
Peneram asli Kerian
Peneram Asli Entreprise merupakan sebuah syarikat perniagaan yang menjalankan perniagaan kuih peneram dan karipap mini. Pengusaha kuih Peneram Asli Enterprise yang beroperasi di No. 98, Batu 10 3/4 Jalan Taiping-Bagan Serai ini telah menjual lebih 19,875 kilogram kuih peneram dan karipap mini setahun.
Sos Cili, Pes Ikan Bakar Dan Pes Tom Yamm
Aroma Tinie merupakan salah satu produk tempatan dari Bagan serai yang mengeluarkan sos cili, pes ikan bakar dan pes tom yam buatan anak tempatan.Pengusaha merupakan seorang bekas guru pencen yang mempunyai cita yang besar iaitu untuk melihat hasil sos cili yang dijamin halal di nikmati oleh masyarakat Melayu khususnya. Beliau ialah Rohani yahya berusia 67 tahun yang merupakan ahli Pusat Internet. Pelanggan boleh membuat tempahan atau bertanyakan sebarang maklumat melalui Whatsapp dengan nombor 016-5465483.