Rekreasi Dan Pelancongan
Stadium Mini Bagan Serai
Stadium mini Bagan Serai ditubuhkan sebagai kawasan reakreasi untuk komuniti bagan serai khususnya. Stadium ini mula dibuka pada orang awam sejak tahun 2015. Selain sebagai tempat rekreasi dan sukan ,stadium ini juga dijadikan sebagai tempat atau gerbang pasar malam Bagan Serai.
Taman Permainan
Terdapat taman permainan mini yang dibina dikawasan Bagan Serai. Taman permainan mini ini dibina berdekatan dengan medan selera Bagan Serai.
Muzium/ Galeri Banjar Bagan serai
Sebagai satu-satunya tempat di Malaysia yang mempunyai populasi masyarakat Melayu Banjar yang paling ramai, Bagan serai kaya dengan adat istiadat serta keunikan kebudayaan etnik ini. Bagi memperingati asal-usul etnik ini maka diwujudkan galeri atau muzium Banjar yang telah dibaikpulih dari masjid lama yang jelas mencirikan senibina masyarakat Banjar. Muzium ini terletak di Masjid tinggi Bagan Serai.