Program Advokasi KafeTeen @ PEDi “Jenayah Rogol“
22 Mei 2022 | Aktiviti TerkiniProgram advokasi KafeTEEN @ PEDi dengan kerjasama Pusat Ekonomi Digital May 2022 berkenaan Jenayah Rogol yang dijayakan secara maya atas talian. Ia melibatkan seramai 20 orang yang terdiri daripada golongan remaja.
Ia merupakan salah satu program sembang santai bersama ZULHUSNI ZUHRI BIN ALPHAZALI (LEMBAGA PENDUDUK DAN PEMBANGUNAN KELUARGA NEGARA, NEGERI PERAK). Peserta diberi keterangan mengenai faktor-faktor yang menyebabkan berlakunya jenayah rogol dikalangan remaja atau bawah umur. Ia juga menerangkan kepada peserta mengenai hukuman dan tindakan yang perlu diambil sekiranya remaja terlibat dengan jenayah rogol ini.
Ibu bapa disarankan untuk menggalakkan anak-anak datang ke PEDi Bagan Serai supaya anak-anak atau para remaja ini mendapat pengetahuan yang bermanfaat untuk mereka.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: