Program Pemerkasaan Transformasi Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Kluster Negeri Perak MCMC-BSKM
24 Mac 2022 | Aktiviti TerkiniPEDi Bagan Serai telah menyertai PROGRAM PEMERKASAAN TRANSFORMASI PUSAT EKONOMI DIGITAL (PEDi) KLUSTER NEGERI PERAK MCMC-BSKM bertempat di Travelogde Hotel, Ipoh. Program ini dilangsungkan secara fizikal untuk pengurus PEDi dan secara maya untuk penolong pengurus. Seramai 111 orang telah menyertai program ini.
Program ini menerangkan kepada pihak PEDi mengenai Program Keusahawanan di Negeri Perak dan Penglibatan PEDi di dalam Program STEP. Selain itu, Majlis Amanah Raya (MARA) juga telah menerangkan kepada pihak PEDi untuk bagaimana mahu memulakan perniagaan.
Seterusnya, Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) telah menerangkan tentang kepentingan mendaftar SSM dan cara-cara untuk mendaftar SSM. Akhir sekali, Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) menerangkan tentang peranan mereka dalam ekonomi digital di Malaysia.
Pihak PEDi Bagan Serai akan menerangkan lebih lanjut kepada sesiapa yang berminat tentang program-program yang akan dianjurkan pada masa akan datang. Kami sangat mengalukan-alukan kedatangan Komuniti yang ingin mengetahui dengan lebih lanjut ke PEDi Bagan Serai.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: