Pihak MCMC Merakamkan Video Promosi di PEDi Bagan Serai untuk Konferens di Putrajaya
20 November 2023 | Aktiviti TerkiniPada 19.11.2023, PEDi Bagan Serai menjadi lokasi pilihan bagi pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) untuk merakamkan video bagi persediaan Konferens bakal berlangsung di Putrajaya pada 29 November 2023.
Pasukan produksi MCMC tiba di Pedi Bagan Serai untuk mengambil keindahan dan keunikan tempat ini sebagai sebahagian daripada konferens tersebut. Video mengenai usahawan dan perkhidmatan di pedi menjadi fokus utama konferens yang akan datang.
Persidangan Pedi Madani di Putrajaya dijadualkan menjadi acara besar yang menarik penyelidik, seluruh negara. Pihak MCMC berusaha memastikan video konferens ini dapat mencerminkan potensi PEDi.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: